Tuesday, January 8, 2013

Kursus Asas Renang

Ekceli, sekarang aku masih dalam mood cuti sem lagi, dimana adik2 telah memulakan sesi pembelajaran, pelajar2 ipt ada yang sibuk nak final exam, dan ada antara korang yang dah naik sem, tapi aku masih lagi baring-baring di atas katil menikmati keindahan cuti sem. Hahaha.. = ="

Cuti sem hujung tahun ni dalam sebulan lebih je, tak lama sangat, so aku telah mengisi cuti sem aku dengan aktiviti yang berfaedah, cehh..selain tido makan tido makan aku pun ade  buat aktiviti berfaedah. *macam ragu-ragu je ayat*


tadaaaaa....hahaha...eh..suka pula aku, = =", aku sebenarnya tak habis eksaited lagi pasal kursus ni, ni salah satu kursus yang mana dapat menangani fobia aku, oke jap nak cerita pasal swimsuit aku, omey tak?? omey kannn..aku tanya aku jawab, sindrom eksaited ape. = =" oke mula-mula nak masuk kursus ni, perkara pertama yang aku risau adalah swimsuit, of course diorg ckp ada sediakan swimsuit, tapi aku agak risau jenis mcm mana dia sediakan, dalam kepala otak aku kalau swimsuit of course la yang berbikini, sexy2, tonjol sana tonjol sini, argggghh what a typical mind aku ni.

so senang2 aku pun usha syeraa swimsuit version muslimah kat syerraswimuist.blogspot, aku pilih loose design, senang lepas ni nk pakai tempat open. actually aku tak beli online pun sebab pikir ada 3 hari je lagi nak pegi kursus ni so macam tak sempat, aku pun usha blog syeraa ni, nasib baik butik syeraa kat seremban, aku terus pergi butik dia. then problem solve. =)



well, ni antara sispa yang join, lepas dh setel masalah baju, pening pikir pasal pasal jurulatih pula, jurulatih perempuan aku tak kisah, tapi jurulatih lelaki, macam mana diorg akan ajar, ada b2b tak?? well, ko belajar berenang ko mesti akan disentuh, tapi apa yang berlaku, tettttttt you are totally wrong!!! aku lupa pula aku belajar berenang under JPAM, well anda akan dilatih sepertimana macam anggota JPAM juga, serius jurulatih hanya bagi penerangan, dia tunjukkan cara, then lepas tu giliran kau pula buat, nasib la kau berani ke tak, kau kena buat juga. 

Jurulatih memang akan ajar kitaorg sampai kitaorg pandai, at least sampai kitaorg mahir satu kuak, antara kuak yang kitaorg belajar adalah kuak dada, kuak gaya bebas, and lagi satu kuak, alaaaaa aku lupa pula, erkkkk..tapi 3rd kuak special untuk selamatkan orang lemas. =) ohsemmmm gila.

bila story kat abg saudara aku macam mana JPAM ajar berenang, abg sedara aku boleh gelak pula, dia cakap kalau join navy dye campak je kau kat tengah laut tu, pandai-pandai la berenang, well clearly abang, ni bukan navy, tahu la abang tentera. gerrrrr... = ="



serius aku tak sangka aku dapat berenang dengan kedalaman lebih kurang 9 meter, sebelum ni aku mengambil langkah berjaga-jaga kalau main air aku akan make sure air hanya berada paras dada je, tu pun paling dalam la, aku suka main air sebenarnya tapi guna pelampung, haha.. safety first. ='( terasa looser tapi kini tak lagi. yeayyyy 
*sambil buat muka bangga* = ="


ni semua peserta kursus. =) aku dah gelab.  ='( .walaupun aku tak dek la putih macam snow white, = =" tapi siyes sebab ni open pool, last day kitaorg kena terapung bawah cahaya matahari sampai kulit aku sunburn.

Terima kasih kepada tenaga pengajar sebab ajar kiteorg tak jemu2 selama empat hari tu, saya seorang pelajar yang lambat sikit kalau benda bukan menghadap buku dan menggunakan otak ni, tapi encik semua memang the best especially encik ridhwan =) .

kawan2 aku pun sama, yang always bagi support semasa belajar, ada kuak bebas tu memang susah nak belajar dengan teknik betul, setakat cincai tu boleh la, tapi nak dapat kan teknik betul sekali pernafasan tu agak susah bagi aku, huhu, korang yang bagi support. thank you.

kepada korang yang terasa nak belajar sesuatu benda baru, umur bukan penghalang sebenarnya, contoh macam belajar berenang ni la, aku bila pergi pool tengok budak-budak 4 5 tahun dah berenang macam duyung, terasa looser gila, yang aku ni dah 22 tahun pun tak reti berenang lagi, terasa macam tak kan pandai seumur hidup ="""""( so bila ada peluang macam ni, aku terus ambil laaaa... dan pengalaman belajar berenang ni memang aku gebang la sampai anak cucu cicit aku, hahaha << *muka bangga sekali lagi* = ="

Next entry aku akan story kat korang pengalaman aku join kursus ikhtiar hidup selama 4 hari 3 malam kat baling, kedah pula. =')

May Allah bless us. =)