Sunday, December 22, 2013

Bertabur bersama coursemate (bukit tabur melawati)

nas : legaaaaa akhirnya sampai puncakkkk
bun: haiyakkkkkkkkk, puncak..puncakkk...
rejab : letih noe aku mizaaaaaaaa
caal : wat lex brader, jarvis adeeee...
me: oiiiii,korang cepat sikit,bru check point 3, ada 15 check point lagi!!!!
mereka2 : haaaaaaaaaaaaaa?????????

bahahahaha, first time aku jadi guider, ni baru bukit, blum gunung lagi.. = =" agak mencabar juga la bawa member2 aku ni.... tapi apa2pun korang memang power laa...ada sampai nak turun balik tak nak buat sampai habis, but alhamdullilah after 5 hours puncak tabur berjaya ditawan. tahniah korang, pecah rekod aku naik dengan korang, paling lama hiking tabur.. sobsobsob... T T"

tabur ni ada tiga bahagian, yang aku dan kawan2 naik ni tabur west, tabur west agak mencabar juga la dan berbahaya, so sape2 yang rasa nak naik tabur west ni dinasihatkan bawa orang yang dah biasa mendaki, tapi kalau korang dah biasa rock climbing ke, boleh juga.safety first!



setiap kali check point nak bergambar... = ="




ini antara track laluan di tabur. ^ ^y


mizah cepat2 ambil gambar aku bagi nampak uia, nak tunjuk kat min..
me : dah tunjuk lum rejab??? haha...semangat..


ashraf muslim pun naik, bahahaha..
rilex korang puncak nak sampai dah.. hihi


masa ktoerg naik ni ada pelajar dri uitm yang pengsan, so ada bomba datang naik atas ambil budak tu.
alhamdullilah kteorg berjaya juga tawan tabur. penat sikit2 tu biasa la, so ble lagi nk repeat??? hahaha..



nas : finally i'm back to real world
bun : i believe i can flyyyyyyyyyy
rejab : yeayyyyyyyyyyy, bese2 je tabur ni...lepas ni kita naik setiap hari mizah!


happy kan naik tabur. hahaha



dah mizah jom kita p balik ,makan nasi kandaqqqqq... = ="

to bun,rejab, nas n caal : - dialog sume aku reka sendiri atas kesukaan aku, korang tak boleh komplen,tak suka p buat blog sendiri.. hihihihi..jangan marah. =P

Monday, December 16, 2013

Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan


rasanya ada dalam dua bulan lepas kot aku naik datuk ni, first time aku naik, walaupun setiap kali balik kampung kat rembau tu mesti nampak gunung ni.  baru sekarang berpeluang nak naik gunung datuk ni.

sedikit info gunung datuk ni terletak di rembau for sure la kan, urmmmm...lepas tu tak dek datuk pun atas gunung ni..bahahaha..okay tak lawak, kalau jumpa jangan cari aku... T T" , ha lepas tu sape naik gunung ni weekend mesti bayar rm5/kepala, knp kena bayar aku pun tak taw...agak mahal la kot bagi aku..gunung je kot..bukan ada roller coaster pun dekat puncak, tapi kalau duit tu digunakan untuk pemuliharaan hutan, aku tak kisah.

track datuk agak mencabar la aku rasa, pacak all time, memang tak dek nak mendatar langsung, tapi serius best..hihi...first time aku naik datuk kteorg ambil masa dalam 2 jam juga nak sampai atas, yang pergi pun sikit dalam 7 orang je, so no one left behind.. = =" yang lambat ada la yang tunggu. 

*hiking g.datuk dan berpakaian jersey n9, memang terasa kenegerianya* faham?? = ="
tapi aku jenis tak puas hati 3 minggu lepas tu repeat lagi, hoyeayyyyy,second time naik datuk sejam dah sampai puncak, actually aku naik berkumpulan, tapi serius aku target nak buat cepat,urmmm..so aku tinggalkan kawan2 yang lambat,dan hiking dgn kawan yang cepat,so kteorg berdua je laa..sorry ya adik2 ku, alaaa..diorg semua laki, aku sorang je perempuan,blh jaga diri sendiri kot..ekekeke

aku rasa boleh la buat buat bawah sejam kot kalau korang jenis stamina mcm kenya, siap boleh berlari aku rasa 30 - 45 minit sampai dah.

tapi ada juga yang ambil masa3-4 jam, ala tak pek jgn risau, tu kira kejap sebab aku pernah hiking 17 jam baru jumpa puncak = =" g.korbu yang sengsara... pikir 2 3 kali kalau nk repeat balik..

tapi jangan takut, sebelum nak naik, pergi la berjogging dulu, buat2 senaman ringan sikit ke kt rumah. so insyallah ,tak dek masalah kot..


ha, siap ado tanggo lai, suko tak suko tak???
alaaa...sonang yo..x dok susah bona dooo... = ="


tapi tangga ni korang akan jumpa di saat akhir dipuncak, x dek maknanya nak letak tangga dari bawah sampai puncak, banyak cantik...

dah start rindu gunung, nak tidur kat puncak, tgk sunrise , tgk sunset...waaaaa...rindunyeeeeee... T T"
k bye..actually setiap kali pergi hiking, ingat nak update blog,tapi ada je kekangan masa, *macam menteri2 je aku punyer busy* kalau rajin aku update.. = =y

Saturday, April 6, 2013

Part 2: Pendakian ke Gunung korbu dan Gunung Gayong

hai, you oll, kisah pendakian ke gunung korbu tak berakhir begitu sahaja, kan dah janji nak sambung part by part, janji haruslah dicapati.. = =" eh, korang dah daftar mengundi?? aii eksaited okeee, this is my first time for "pangkah" , okay dekat kampus tu memang banyak kali dah, but this is for our future, our child future, for our country erkkkk..aku sempat lagi bermadah pasal politik, ada hati kau mizah, kalau orang tanya "kau kenal tak menteri kewangan kita??" and i was like... aaaaaa??urrrmmmm??kejab2..oke...macam taw...jap google....  memang aku nak kena hempuk, i do know, but actually even i macam tak ambil kisah, but this is our responsibility so "SAYA PILIH MENGUNDI" fefeling iklan tv3.. = ="

oke, iklan dah habis.. 

selepas sampai kat puncak korbu kami terus pacak ground, bentang floor, kteorg tak tidur khemah pun, just outdoor macam tu jer.  ada juga yang bawah khemah untuk personal.


tempat tidur kteorg... :')

pukul 9 pagi macam tu kteorg dah bersiap nak ke puncak gayong, pendakian tak ambil masa yang lama sangat dalam 3 jam sahaja mendaki dan turun ke korbu balik  dalam masa sejam lebih, so kteorg just bawa beg kecil untuk letak air, dari puncak korbu ke gayong, sepanjang perjalanan, view dia sumpah cantik, korang akan nampak kesemua gunung yang terdapat di banjaran titiwangsa, atau dikenal G7 dikalangan pendaki kerana kesemua gunung tersebut mempunyai ketinggian 7000 kaki dari aras laut... ohsemm kan??? cuma satu gunung terdapat di banjaran tahan iaitu gunung tahan.  kalau panjang umur dimurahkan razeki memang ada niat nak tawan G7...insyaallah..tapi serammmm... ='( orang cakap paling cepat boleh tawan dalam masa 8 hari, 8 hari dlm hutan??? kau ingat 8 hari kat pavillion?? sangat la tak sama garis waktu dan masa walaupun di Malaysia. = ="


view dari puncak korbu ke gayong.. cantik kan?? 


penat dik??


track ke gayong lebih kurang macam ni...santai je track dia..santai tak santai pacak tetap ade.. :')




otai bersantai...



mamat ni power gle...macam lipas kudung mendaki.. power2.. tapi lupa lak nama dye.. = ="


antara peserta hiking... the boboys..


muka cover penat ni, nampap kamera senyum je..




den dah macam nak poi noreh dah ha...ini adalah dress up jungle style.. = ="



okay sampai sini sahaja part 2, part 3 akan menyusul bila aku rajin.. =) daaaaaa, saja letak banyak gambar sebab ada orang tu tak suka baca, suka tengok gambar je... zzzZZZZzzz





Wednesday, April 3, 2013

Pendakian ke Gunung Korbu dan Gunung Gayong

cakkkk = =" i'm back, rasa macam dah tipu my readers bila cakap hari tu konon nak update blog tiap-tiap minggu tapi itu semua dusta... << macam ramai readers je statement aku =")

okay nak story kat korang experienced aku mendaki gunung korbu dan gayong, trip ni aku follow under unikl mitt, pendakian selama 4 hari 3 malam ni sangat mencabar, betul menguji fizikal dan mental, so nak shared dengan korang pengalaman aku. sharing is caring maaaa... 

sedikit info kat korang berkenaan gunung yang aku daki ni :

gunung korbu terletak di perak, ianye merupakan gunung ke2 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan yang paling tinggi di banjaran titiwangsa, tak silap aku la.. haha..sebab malaysia ada tiga banjaran kan?? banjaran titiwangsa, banjaran tahan, dan banjaran crocker, kan kan kan??? uwaaaaa....mengantuk dah masuk bab geografi pula... okay next... zzzzzzz = ="

seramai 15 boboys dan 15 gugurls serta 4 guiders telah terlibat sepanjang 4 hari 3malam di korga ( korbu + gayong)

9.00 am : sampai di tempat permulaan mendaki di gunung korbu, having our breakfirst then start mendaki terus.

1200 tgh hari : sampai di air terjun, lunch hour kat sini pula, kteorg dah beli makanan untuk lunch siap-siap,memang tak masak lagi waktu ni, target nak sampai kem seroja, tapak perkhemahan kteorang yg sepatutnya kteorg bermalam.

0300 petang : sampai di kem seroja, aku antara kumpulan pertama yang sampai, hoyeayyyy..bangga dengan diri sendiri = =", lepas tu guider buat keputusan nak daki lagi sampai kem kijang sebab target sampai kem seroja pukul 5, tapi ada yang sampai awal, so daki lagi.

0630 petang : kteorg sampai kem kijang dalam waktu ni la kot, antara kumpulan pertama sampai, seramai tiga orang perempuan termasuk aku, lelaki dalam 10 orang kot, lupa dah.. = =", lepas tu couple sampai, so perempuan dah jadi 4 orang, yang selebihnya aku tak ingat, tapi yang aku ingat kumpulan terakhir sampai dalam pukul 10 malam.


see at my back??? it's not korbu yet.. haha...jauh lagi maaaa... dushhhhh... but this one heading to korbu.


track perjalanan dari bawah sampai ke kem kijang aku rasa tahap kesukaran dia 6/10 kot, sebab dari kem kijang sampai ke puncak korbu, perghhhhhh.. rasa macam nak bagi rate 11/10 tapi tu la aku tak naik lagi semua gunung kat malaysia ni, tak tahu la nak cakap macam mana, sampai ada yang kena merangkak, terbaring, dia punya tahap kecuraman tu, sampai kau boleh cium tanah dah time mendaki tu aku rasa.

selepas itu, keesokkan paginya pukul 9 kami mulakan pendakian untuk menuju ke korbu, jarak perjalanan lebih kurang 5 minit masa gunung.. haha.. okay tak lawak, jawapan ini korang akan selalu dengar dari otai mendaki if you keep asked them "bila nak sampai ni??" "jauh lagi tak??" "dah lama kita jalan ni, tapi tak sampai2 lagi" sangat lama okay, tapi itu laa, bila dalam hutan dan korang asyik berjalan sejam rasa macam seminit kot..haha.. okay tipu.. = ="

lebih kurang dalam 3.45 petang aku berjaya menawan puncak korbu see 5 minit ape 6 jam perjalanan okay macam dari kl nak pergi johor pastu patah balik pergi negeri sembilan, :'( dan telah beberapa kali menjadi kumpulan pertama sampai << sekali lagi bangga dengan diri sendiri. = ="


antara kumpulan yang pertama sampai, tiga orang gegurls and lebih kurang 10 boboys kot, lupa dah.= =" kitaorang berjaya sampai puncak lebih kurang 3.45 petang, kumpulan terakhir sampai dalam pukul 7 malam, kesemua perserta berjaya sampai ke puncak dengan jayanyaa... hoyeayyyy..

aku rasa macam banyak lagi nak share sebenarnya tapi rasa macam jenuh nak scroll down bar korang nanti..  so to be continue part 2.. dah macam sinetron.. =))

okay, lastly nak bagi korang cuci2 mata pemandangan kat puncak gunung ni, bagi aku la kan rasa kepuasan dia lain taw bukan rasa puas bila dapat beg charles and keith, shoes from nose and so what ever, i'm really enjoyed what i'm doing.


rasa mcam tak percaya . :)




ini awan taw bukan kabus, subhanaallah. cantik kan?? rasa nak nangis tengok keindahan ciptaan Allah swt. speechless. ;(



time ni nak sunset... wait, wait... countdown for sunrise pula 10, 9, 8, 7,6,5,4,3,2,.........

1... tadaaaaaaa...... what a amazing view i had.. :')

okay, part two sambung pergi gayong pula, then part three sambung pengalaman mengerikan, then part four....... okay serius macam drama melayu.. = =" kalau rajin aku update laa... daaaaaa 





Tuesday, January 8, 2013

Kursus Asas Renang

Ekceli, sekarang aku masih dalam mood cuti sem lagi, dimana adik2 telah memulakan sesi pembelajaran, pelajar2 ipt ada yang sibuk nak final exam, dan ada antara korang yang dah naik sem, tapi aku masih lagi baring-baring di atas katil menikmati keindahan cuti sem. Hahaha.. = ="

Cuti sem hujung tahun ni dalam sebulan lebih je, tak lama sangat, so aku telah mengisi cuti sem aku dengan aktiviti yang berfaedah, cehh..selain tido makan tido makan aku pun ade  buat aktiviti berfaedah. *macam ragu-ragu je ayat*


tadaaaaa....hahaha...eh..suka pula aku, = =", aku sebenarnya tak habis eksaited lagi pasal kursus ni, ni salah satu kursus yang mana dapat menangani fobia aku, oke jap nak cerita pasal swimsuit aku, omey tak?? omey kannn..aku tanya aku jawab, sindrom eksaited ape. = =" oke mula-mula nak masuk kursus ni, perkara pertama yang aku risau adalah swimsuit, of course diorg ckp ada sediakan swimsuit, tapi aku agak risau jenis mcm mana dia sediakan, dalam kepala otak aku kalau swimsuit of course la yang berbikini, sexy2, tonjol sana tonjol sini, argggghh what a typical mind aku ni.

so senang2 aku pun usha syeraa swimsuit version muslimah kat syerraswimuist.blogspot, aku pilih loose design, senang lepas ni nk pakai tempat open. actually aku tak beli online pun sebab pikir ada 3 hari je lagi nak pegi kursus ni so macam tak sempat, aku pun usha blog syeraa ni, nasib baik butik syeraa kat seremban, aku terus pergi butik dia. then problem solve. =)



well, ni antara sispa yang join, lepas dh setel masalah baju, pening pikir pasal pasal jurulatih pula, jurulatih perempuan aku tak kisah, tapi jurulatih lelaki, macam mana diorg akan ajar, ada b2b tak?? well, ko belajar berenang ko mesti akan disentuh, tapi apa yang berlaku, tettttttt you are totally wrong!!! aku lupa pula aku belajar berenang under JPAM, well anda akan dilatih sepertimana macam anggota JPAM juga, serius jurulatih hanya bagi penerangan, dia tunjukkan cara, then lepas tu giliran kau pula buat, nasib la kau berani ke tak, kau kena buat juga. 

Jurulatih memang akan ajar kitaorg sampai kitaorg pandai, at least sampai kitaorg mahir satu kuak, antara kuak yang kitaorg belajar adalah kuak dada, kuak gaya bebas, and lagi satu kuak, alaaaaa aku lupa pula, erkkkk..tapi 3rd kuak special untuk selamatkan orang lemas. =) ohsemmmm gila.

bila story kat abg saudara aku macam mana JPAM ajar berenang, abg sedara aku boleh gelak pula, dia cakap kalau join navy dye campak je kau kat tengah laut tu, pandai-pandai la berenang, well clearly abang, ni bukan navy, tahu la abang tentera. gerrrrr... = ="



serius aku tak sangka aku dapat berenang dengan kedalaman lebih kurang 9 meter, sebelum ni aku mengambil langkah berjaga-jaga kalau main air aku akan make sure air hanya berada paras dada je, tu pun paling dalam la, aku suka main air sebenarnya tapi guna pelampung, haha.. safety first. ='( terasa looser tapi kini tak lagi. yeayyyy 
*sambil buat muka bangga* = ="


ni semua peserta kursus. =) aku dah gelab.  ='( .walaupun aku tak dek la putih macam snow white, = =" tapi siyes sebab ni open pool, last day kitaorg kena terapung bawah cahaya matahari sampai kulit aku sunburn.

Terima kasih kepada tenaga pengajar sebab ajar kiteorg tak jemu2 selama empat hari tu, saya seorang pelajar yang lambat sikit kalau benda bukan menghadap buku dan menggunakan otak ni, tapi encik semua memang the best especially encik ridhwan =) .

kawan2 aku pun sama, yang always bagi support semasa belajar, ada kuak bebas tu memang susah nak belajar dengan teknik betul, setakat cincai tu boleh la, tapi nak dapat kan teknik betul sekali pernafasan tu agak susah bagi aku, huhu, korang yang bagi support. thank you.

kepada korang yang terasa nak belajar sesuatu benda baru, umur bukan penghalang sebenarnya, contoh macam belajar berenang ni la, aku bila pergi pool tengok budak-budak 4 5 tahun dah berenang macam duyung, terasa looser gila, yang aku ni dah 22 tahun pun tak reti berenang lagi, terasa macam tak kan pandai seumur hidup ="""""( so bila ada peluang macam ni, aku terus ambil laaaa... dan pengalaman belajar berenang ni memang aku gebang la sampai anak cucu cicit aku, hahaha << *muka bangga sekali lagi* = ="

Next entry aku akan story kat korang pengalaman aku join kursus ikhtiar hidup selama 4 hari 3 malam kat baling, kedah pula. =')

May Allah bless us. =)