Saturday, April 6, 2013

Part 2: Pendakian ke Gunung korbu dan Gunung Gayong

hai, you oll, kisah pendakian ke gunung korbu tak berakhir begitu sahaja, kan dah janji nak sambung part by part, janji haruslah dicapati.. = =" eh, korang dah daftar mengundi?? aii eksaited okeee, this is my first time for "pangkah" , okay dekat kampus tu memang banyak kali dah, but this is for our future, our child future, for our country erkkkk..aku sempat lagi bermadah pasal politik, ada hati kau mizah, kalau orang tanya "kau kenal tak menteri kewangan kita??" and i was like... aaaaaa??urrrmmmm??kejab2..oke...macam taw...jap google....  memang aku nak kena hempuk, i do know, but actually even i macam tak ambil kisah, but this is our responsibility so "SAYA PILIH MENGUNDI" fefeling iklan tv3.. = ="

oke, iklan dah habis.. 

selepas sampai kat puncak korbu kami terus pacak ground, bentang floor, kteorg tak tidur khemah pun, just outdoor macam tu jer.  ada juga yang bawah khemah untuk personal.


tempat tidur kteorg... :')

pukul 9 pagi macam tu kteorg dah bersiap nak ke puncak gayong, pendakian tak ambil masa yang lama sangat dalam 3 jam sahaja mendaki dan turun ke korbu balik  dalam masa sejam lebih, so kteorg just bawa beg kecil untuk letak air, dari puncak korbu ke gayong, sepanjang perjalanan, view dia sumpah cantik, korang akan nampak kesemua gunung yang terdapat di banjaran titiwangsa, atau dikenal G7 dikalangan pendaki kerana kesemua gunung tersebut mempunyai ketinggian 7000 kaki dari aras laut... ohsemm kan??? cuma satu gunung terdapat di banjaran tahan iaitu gunung tahan.  kalau panjang umur dimurahkan razeki memang ada niat nak tawan G7...insyaallah..tapi serammmm... ='( orang cakap paling cepat boleh tawan dalam masa 8 hari, 8 hari dlm hutan??? kau ingat 8 hari kat pavillion?? sangat la tak sama garis waktu dan masa walaupun di Malaysia. = ="


view dari puncak korbu ke gayong.. cantik kan?? 


penat dik??


track ke gayong lebih kurang macam ni...santai je track dia..santai tak santai pacak tetap ade.. :')




otai bersantai...



mamat ni power gle...macam lipas kudung mendaki.. power2.. tapi lupa lak nama dye.. = ="


antara peserta hiking... the boboys..


muka cover penat ni, nampap kamera senyum je..




den dah macam nak poi noreh dah ha...ini adalah dress up jungle style.. = ="



okay sampai sini sahaja part 2, part 3 akan menyusul bila aku rajin.. =) daaaaaa, saja letak banyak gambar sebab ada orang tu tak suka baca, suka tengok gambar je... zzzZZZZzzz





Wednesday, April 3, 2013

Pendakian ke Gunung Korbu dan Gunung Gayong

cakkkk = =" i'm back, rasa macam dah tipu my readers bila cakap hari tu konon nak update blog tiap-tiap minggu tapi itu semua dusta... << macam ramai readers je statement aku =")

okay nak story kat korang experienced aku mendaki gunung korbu dan gayong, trip ni aku follow under unikl mitt, pendakian selama 4 hari 3 malam ni sangat mencabar, betul menguji fizikal dan mental, so nak shared dengan korang pengalaman aku. sharing is caring maaaa... 

sedikit info kat korang berkenaan gunung yang aku daki ni :

gunung korbu terletak di perak, ianye merupakan gunung ke2 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan yang paling tinggi di banjaran titiwangsa, tak silap aku la.. haha..sebab malaysia ada tiga banjaran kan?? banjaran titiwangsa, banjaran tahan, dan banjaran crocker, kan kan kan??? uwaaaaa....mengantuk dah masuk bab geografi pula... okay next... zzzzzzz = ="

seramai 15 boboys dan 15 gugurls serta 4 guiders telah terlibat sepanjang 4 hari 3malam di korga ( korbu + gayong)

9.00 am : sampai di tempat permulaan mendaki di gunung korbu, having our breakfirst then start mendaki terus.

1200 tgh hari : sampai di air terjun, lunch hour kat sini pula, kteorg dah beli makanan untuk lunch siap-siap,memang tak masak lagi waktu ni, target nak sampai kem seroja, tapak perkhemahan kteorang yg sepatutnya kteorg bermalam.

0300 petang : sampai di kem seroja, aku antara kumpulan pertama yang sampai, hoyeayyyy..bangga dengan diri sendiri = =", lepas tu guider buat keputusan nak daki lagi sampai kem kijang sebab target sampai kem seroja pukul 5, tapi ada yang sampai awal, so daki lagi.

0630 petang : kteorg sampai kem kijang dalam waktu ni la kot, antara kumpulan pertama sampai, seramai tiga orang perempuan termasuk aku, lelaki dalam 10 orang kot, lupa dah.. = =", lepas tu couple sampai, so perempuan dah jadi 4 orang, yang selebihnya aku tak ingat, tapi yang aku ingat kumpulan terakhir sampai dalam pukul 10 malam.


see at my back??? it's not korbu yet.. haha...jauh lagi maaaa... dushhhhh... but this one heading to korbu.


track perjalanan dari bawah sampai ke kem kijang aku rasa tahap kesukaran dia 6/10 kot, sebab dari kem kijang sampai ke puncak korbu, perghhhhhh.. rasa macam nak bagi rate 11/10 tapi tu la aku tak naik lagi semua gunung kat malaysia ni, tak tahu la nak cakap macam mana, sampai ada yang kena merangkak, terbaring, dia punya tahap kecuraman tu, sampai kau boleh cium tanah dah time mendaki tu aku rasa.

selepas itu, keesokkan paginya pukul 9 kami mulakan pendakian untuk menuju ke korbu, jarak perjalanan lebih kurang 5 minit masa gunung.. haha.. okay tak lawak, jawapan ini korang akan selalu dengar dari otai mendaki if you keep asked them "bila nak sampai ni??" "jauh lagi tak??" "dah lama kita jalan ni, tapi tak sampai2 lagi" sangat lama okay, tapi itu laa, bila dalam hutan dan korang asyik berjalan sejam rasa macam seminit kot..haha.. okay tipu.. = ="

lebih kurang dalam 3.45 petang aku berjaya menawan puncak korbu see 5 minit ape 6 jam perjalanan okay macam dari kl nak pergi johor pastu patah balik pergi negeri sembilan, :'( dan telah beberapa kali menjadi kumpulan pertama sampai << sekali lagi bangga dengan diri sendiri. = ="


antara kumpulan yang pertama sampai, tiga orang gegurls and lebih kurang 10 boboys kot, lupa dah.= =" kitaorang berjaya sampai puncak lebih kurang 3.45 petang, kumpulan terakhir sampai dalam pukul 7 malam, kesemua perserta berjaya sampai ke puncak dengan jayanyaa... hoyeayyyy..

aku rasa macam banyak lagi nak share sebenarnya tapi rasa macam jenuh nak scroll down bar korang nanti..  so to be continue part 2.. dah macam sinetron.. =))

okay, lastly nak bagi korang cuci2 mata pemandangan kat puncak gunung ni, bagi aku la kan rasa kepuasan dia lain taw bukan rasa puas bila dapat beg charles and keith, shoes from nose and so what ever, i'm really enjoyed what i'm doing.


rasa mcam tak percaya . :)




ini awan taw bukan kabus, subhanaallah. cantik kan?? rasa nak nangis tengok keindahan ciptaan Allah swt. speechless. ;(



time ni nak sunset... wait, wait... countdown for sunrise pula 10, 9, 8, 7,6,5,4,3,2,.........

1... tadaaaaaaa...... what a amazing view i had.. :')

okay, part two sambung pergi gayong pula, then part three sambung pengalaman mengerikan, then part four....... okay serius macam drama melayu.. = =" kalau rajin aku update laa... daaaaaa